top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
No tags yet.
Stay In The Know:

PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) MEGA 2018 ANJURAN SME CORP MALAYSIA - GERAN PERNIAGAA

GERAN PERNIAGAAN PERCUMA UNTUK USAHAWAN BELIA PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) MEGA 2018 ANJURAN SME CORP MALAYSIA GERAN TUNAI PERMULAAN PERNIAGAAN RM15,000 AKAN DIBERIKAN KEPADA 200 BELIA BUMIPUTERA PULAU PINANG YANG LAYAK 💰💰 📌Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut: ❗Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 - 30 TAHUN pada tarikh tutup permohonan dalam talian; ❗Pemohon mestilah warganegara Malaysia; Ibu / bapa mestilah dilahirkan di Malaysia dan bertaraf warganegara. ❗Pemohon yang mempunyai sijil kemahiran dari institusi / pusat kemahiran tempatan akan diberikan keutamaan; ❗Belum memulakan perniagaan, namun mempunyai minat yang mendalam untuk mengusahakan perniagaan. ❗Sekiranya telah menjalankan perniagaan, tarikh pendaftaran SSM mestilah kurang 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan dalam talian; ❗Hanya mengambil kira pendaftaran SSM kali pertama ❗Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang dari 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan. Sekiranya terpilih, surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian mestilah dibawa semasa temuduga. ❗Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran, maka tarikh perdaftaran baharu tidak diambil kira ❗Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan lasak ❗Tidak mempunyai alahan yang serius (cth: alahan yang memudaratkan sekiranya mengikuti aktiviti lasak di Kem PLKN / kawasan hutan); ❗Tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh tutup permohonan; dan ❗Pemohon wanita yang disahkan hamil atau sedang dalam tempoh berpantang (100 hari selepas bersalin) sewaktu tarikh tamat permohonan dan / atau apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program tidak layak meneruskan Program. ❗Bagi pemohon yang berstatus OKU, pemohon mestilah mengemukakan surat perakuan dan pelepasan Pegawai Perubatan yang bertauliah untuk mengikuti aktiviti fizikal dan lasak. ❗Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis; ❗Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon ❗Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia. Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami/isteri dan anak-anak. ❗Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan. ❗Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; dan ❗Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya. ❗Pemohon hendaklah memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. ❗Sekiranya didapati bahawa pemohon tidak memenuhi mana-mana kriteria tersebut di atas, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan. ❗Sekiranya didapati terdapat kepalsuan maklumat yang dikemukakan, permohonan akan DIBATALKAN serta merta. Pertanyaan boleh hubungi SME Corp Malaysia Negeri Pulau Pinang di talian 04-390 1479 (waktu pejabat sahaja) TARIKH PENTING 😗 1. Permohonan online : 18 Dis 2017 - 12 Januari 2018 ; 2. Saringan permohonan : 15 - 22 Januari 2018 ; 3. Temuduga : diantara 28 Januari - 11 Februari 2018 ; 4. Latihan di Kem PLKN (Fasa 1&2) : 3 - 23 Mac 2018 ; 5. Pelaksanaan Perniagaan dan Pemantauan (Fasa 3) : Jun 2018 - Mei 2019 PERMOHONAN HANYA MELALUI ONLINE SAHAJA BERMULA 18 DISEMBER 2017 HINGGA 12 JANUARI 2018. http://tube.smecorp.gov.my/prereg.php


bottom of page